Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

PNBC mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua ahli, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan di atas semangat mencintai Islam dalam apa jua yang kita usahakan.
Jangan lupa games hari Jumaat (19 Nov) akan diadakan seperti biasa (kepada yang tidak pulang ke kampung halaman) dan kepada yang pulang ke kampung masing-masing, didoakan semoga selamat dalam perjalanan.

Wednesday, November 10, 2010

Koleberasi bersama KRT Desa Anggerik

Kelab Badminton Putra Nilai (PNBC) menerima pelawaan KRT Desa Anggerik untuk turut bekerjasama menjayakan satu Kejohanan Badminton KRTDA 2010 yang dianjurkan untuk kali ke-2.

PNBC akan bertindak selaku penasihat teknikal kepada kejohanan dan sebahagian besar dari urusetia yang telah dipilih terdiri daripada ahli PNBC sendiri. Kejohanan yang dijangka diadakan pada 19 Disember 2010 itu nanti, merupakan pertandingna secara bergu yang membabitkan 32 peserta lelaki dan 16 peserta wanita. Ini merupakan penghormatan kepada PNBC yang baru menjangkau usia setahun penubuhannya. Syabas dan Tahniah!!!


Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali



Kelab Badminton Putra Nilai mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu... Yang lainnya, games pada setiap Jumaat malam Sabtu tetap diadakan seperti biasa....