Sunday, May 8, 2011

3 Wakil Negara Mara Ke Akhir



BEREGU campuran negara, Soon Peng (kanan) dan Ying Lin mencatat sejarah mara ke final semalam.



TIGA wakil negara mara ke final Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia setelah menewaskan lawan masing- masing pada saingan separuh akhir di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar semalam.
Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong menepati ramalan ke akhir, manakala beregu campuran negara, Chan Peng Soon- Goh Liu Ying terus tampil dengan rentak cemerlang.
Chong Wei yang merupakan juara Seluruh England mudah menundukkan pemain pilihan ke-11 dari Jepun, Sho Sasaki 21-13, 21-14 dalam masa 37 minit pada kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM360,000 itu.
Chong Wei, anak kelahi- ran Pulau Pinang yang memburu kejuaraan ketiga kejohanan akan membuat perhitungan dengan Bao Chunlai dari China pada final hari ini.
Chunlai berjaya menewaskan Nguyen Tien Minh dari Vietnam 21-12, 19-21, 21- 14.
Chong Wei ketika ditemui memberitahu, dia lebih fokus pada permainan itu berbanding pada saingan sebelum ini yang memberi laluan kepada lawan mengekori rapat.
Katanya, permulaan permainan yang baik dan membawa lawan mengikut rentaknya memudahkan permainannya kali ini.
"Sasaki juga membuat beberapa kesilapan dan gagal bermain baik, biarpun cuba memberi tentangan," katanya.
Peng Soon-Liu Ying pula menewaskan pilihan pertama, Sudket Prapakamol- Saralee Thoungthongkam dari Thailand.
Pada saingan separuh akhir semalam, pasangan muda itu menewaskan pilihan ketiga, Fran Kurniawan-Pia Zebadiah Bernadeth dari Indonesia 21-14, 21-10 dalam masa 26 minit.
Pada final hari ini, Peng Soon-Liu Ying akan menentang Tantowi Ahmad-Liliyana Natsir (Indonesia) yang menewaskan Songphon Anugritayawon-Kunchala Voravichitchaikul dari Thailand 21-13, 14-21, 21-12.
Kien Keat-Boon Leong pula yang dalam misi memburu kejuaraan pertama tahun ini, menundukkan Ruud Bosch-Koen Ridder dari Belanda 21-17, 18-21, 21-10.
Menerusi kemenangan itu, pasangan tersebut selangkah lagi untuk menamatkan kemarau kejuaraan selama 16 bulan dalam kalendar kejohanan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas kali terakhir merangkul kejuaraan pada Terbuka Malaysia pada Januari 2010.
Mereka akan bertemu beregu Indonesia, Alvent Yulianto Chandra-Hendra Ap- rida Gunawan hari ini.

Kosmo

No comments:

Post a Comment