KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan
Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah malam ini berkenan berangkat
menghadiri majlis resepsi perkahwinan jaguh badminton negara Datuk Lee
Chong Wei dengan pasangannnya Wong Mew Choo di Pusat Konvensyen Kuala
Lumpur di sini.
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana
Turut hadir Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana
Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.Chong Wei dan isteri, bekas pemain negara, yang berpakaian ala Barat, masuk
ke dewan pada jam 8.30 malam dengan diiringi lagu romantik 'Colors of the
Wind' nyanyian Vanessa Williams.
Menteri-menteri Kabinet termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin
Tun Hussien, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan
Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri dan Menteri
Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut memeriahkan majlis.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Nadzmi Mohd Salleh
dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong adalah
juga antara tetamu yang hadir pada majlis terbabit.
Pengantin kemudiannya menjalankan upacara memotong kek dengan mengenakan
busana yang berbeza iaitu Chong Wei berpakaian suit biru manakala Mew Choo
bergaun merah.
Turut ditayangkan video majlis pendaftaran perkahwinan pasangan itu yang
sebelum ini merahsiakan tarikh pendaftaran mereka.
Majlis bertemakan warna keemasan serta dihiasi bunga-bungaan putih itu
dihadiri lebih 1,000 tetamu dan berakhir pada jam 10.30 malam.
Chong Wei, pemain nombor satu dunia, dan Mew Choo mula menjalinkan hubungan
11 tahun lalu semasa mereka baru menyertai pasukan pelapis kebangsaan.
Ahmad Shabery yang ditemui sebelum majlis menyifatkan perkahwinan terbabit
sebagai sebuah perkahwinan yang 'sangat hebat' kerana melibatkan dua selebriti
sukan negara.
"Semoga perkahwinan ini memberi semangat kepada Chong Wei, mengubah keputusan Olimpik yang lepas, pada Olimpik 2016 kelak," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment