Mew Choo tersingkir
Oleh Ahmad Fiesal Othman
fsal@bharian.com.my
2011/03/10
CABARAN negara dalam perseorangan wanita di kejohanan badminton Seluruh England berakhir, lewat malam tadi apabila wakil tunggal, Wong Mew Choo tewas kepada pilihan ketiga kejohanan Wang Xin dari China dalam pusingan pertama. Mew Choo yang mara ke separuh akhir Terbuka Jerman, minggu lalu tewas 21-16, 21-16 dalam masa 34 minit, untuk mengulangi detik kecewa terkandas dalam peringkat sama, tahun lalu kepada seorang lagi pemain China, Yanjiao Jiang.
Dalam pusingan kedua, hari ini, Mohd Zakry-Thien How berdepan pemenang antara satu lagi pasangan Malaysia, Mak Hee Chun-Tan Wee Kiong yang menentang pasangan Jepun Hiroyuki Endo-Kenichi Hayakawa yang berlangsung lewat malam tadi.
Namun, jejak langkah mereka gagal diikuti Mohd Fairuzizuan Tazari Mohd Tazari-Ong Soon Hock yang tewas kepada pilihan kelapan dari Indonesia Mohammad Ahsan-Bona Septano 21-10, 19-21, 21-14 dalam tempoh 46 minit.
Juara bertahan, Lee Chong Wei turun ke gelanggang, lewat malam tadi menentang pemain Perancis, Brice Leverdez manakala beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong - pilihan kelima kejohanan - menentang pasangan kelayakan dari Russia, Vitalij Durkin-Alexandr Nikolaenko.
No comments:
Post a Comment