Servis Pendek (Short Serve)
Servis pendek merupakan teknik memukul bulu tangkis rendah tetapi melepasi jaring dan masuk ke petak hadapan gelanggang lawan (Aziz Mohammed, 1993).
Servis Tinggi (Long Serve)
Servis tinggi merupakan teknik memukul bulu tangkis tinggi melepasi pemain lawan dan masuk ke belakang petak gelanggang lawan (Aziz Mohammed, 1993).
Servis Flik (Flick Serve)
Pergerakan melakukan servis flik adalah hampir sama dengan servis pendek. Pemain melakukan tindakan menguis atau flik supaya bulu tangkis dipukul tinggi melepasi pihak lawan (Teng, 2001).
Servis Deras (Drive serve)
Servis deras mempunyai persamaan dengan servis tinggi tetapi memerlukan gerakan bulu tangkis yang laju ke gelanggang lawan (Aziz Mohammed, 1993).
Pukulan depan merupakan pukulan bulu tangkis lebih ke ruang di sebelah tangan raket badminton (Teng, 2001).
Pukulan Kilas (backhand)
Pukulan kilas merupakan pukulan bulu tangkis lebih ke ruang di sebelah tangan bebas (Teng, 2001).
Pukulan Clear (Clear)
Pukulan clear adalah tindakan memukul bulu tangkis tinggi ke garis tepi atau bahagian belakang gelanggang lawan (Syed Hashim Mohamed Alkhred, 1989). Pukulan ini boleh dilakukan dengan pukulan depan atau pukulan kilas (Grice, 2008).
Pukulan Deras (Drive)
Pukulan deras merupakan pukulan sisi badan ketika bulu tangkis dipukul pada kedudukan di aras bahu dan pinggang. Cara memukul ini dianggap sebagai satu pukulan bertahan dan boleh digunakan sebagai tindakan menyerang pihak lawan ataupun untuk melambatkan kadar permainan (Teng, 2001). Gerakan bulu tangkis adalah laju dan mendatar menuju di tepi atau bahagian belakang gelanggang lawan (Aziz Mohammed, 1993).
Pukulan Junam (Drop Shot)
Pukulan junam merupakan satu pukulan perlahan dari belakang gelanggang. Bulu tangkis itu akan menjunam di bahagian depan gelanggang antara jaring dan garisan servis pendek pihak lawan (Teng, 2001).
Smash (Smash)
Smash adalah pukulan tinggi yang menjunam ke dalam gelanggang pihak lawan. Pemain melakukan smash untuk mematikan rali dan mengalahkan pihak lawan yang terkeluar posisi atau terganggu keseimbangangnya. Pemain boleh melompat untuk menghasilkan smash yang tajam, pantas dan sukar dibalas pihak lawan (Teng, 2001).
Pukulan Lob (Lob Shot)
Pukulan lob adalah tindakan memukul bulu tangkis daripada bawah pita jaring iaitu depan jaring, tinggi ke belakang gelanggang secara pukulan depan atau kilas dengan tujuan memaksa pihak lawan bergerak ke belakang gelanggang (Syed Hashim Mohamed Alkhred, 1989). Pemain melakukan lob supaya mendapat masa untuk bersedia semula di tengah-tengah gelanggang (Teng, 2001).
Pukulan Ke Jaring (Close Net Shot)
Pukulan ke jaring digunakan untuk mengelirukan pemain lawan ketika membuat serangan. Pukulan ini sesuai dilakukan ketika pemain lawan berada di bahagian belakang gelanggang dan memaksanya bergerak ke hadapan jaring (Aziz Mohammed, 1993).
facebook,com
ReplyDelete