Ulangan final perseorangan lelaki badminton akan kembali seperti di Final 2008, menyaksikan Datuk Lee Chong Wei akan bertemu seteru utamanya Lin Dan yang mana masing-masing melepasi pusingan separuh akhir sebentar tadi.Chong Wei yang juga pulihan utama menundukkan seorang lagi wakil China yang juga pilihan ketiga, Cheng Long 21-13, 21-14. Manakala Lin Dan pula menundukkan Lee Hyun Il dari Korea Selatan 21-12, 21-10.
Dalam Perseorangan Wanita pula, kedua-dua wakil China bakal bertemu bagi penentuan pingat emas di antara Wang Yihan dan Li Xuerui.
Sementara harapan pingat Malaysia bagi acara beregu lelaki bakal disandarkan kepada pasangan Koo Ken Kiat-Tan Boon Heong yang akan bertemu pasangan dari China Cai Yu-Fu Hai Feng pada pusingan separuh akhir yang akan dilangsungkan esok. Satu lagi perlawanan separuh akhir adalah di antara pasangan Korea Selatan dan Denmark iaitu Mathias Boe-Carsten Mogensen dan Chung Jae Sung-Lee Yong Dae
No comments:
Post a Comment