Dengan kemenangan itu, pemain berusia 24 tahun kini melakar nama sebagai pemain perseorangan lelaki Malaysia yang pernah menjuarai Terbuka Perancis sebaris dengan Chong Wei (2011, 2007), Foo Kok Keong (1990) dan Oon Chong Jin pada 1964.
Pada set pertama, Daren hanya perlu mengambil masa 20 minit untuk menjinakkan pemain berusia 18 tahun itu dan terus melebarkan sayap kejayaan di set kedua untuk menamatkan saingan dalam tempoh singkat 41 minit.
Daren melangkah ke final selepas menewaskan rakan senegara Axelsen yang juga pilihan keenam kejohanan, Jan O Jorgensen 18-21, 21-17, 21-10 kelmarin tatkala lawannya di final itu menumpaskan bintang Jepun, Kenichi Tago 21-8, 21-17.
Terdahulu, beregu China Jin Ma-Jinhua Tang menjuarai kategori beregu wanita menumpaskan Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark, mengharungi dua set mudah 21-12, 23-21.
Sumber: Berita Harian
No comments:
Post a Comment