Pemain nombor satu dunia itu yang mengaku kembali ke prestasi terbaik ketika menjuarai Siri Super Premier Terbuka Korea hujung minggu lalu berkata, kemerosotan dialami selepas Sukan Olimpik sudah berakhir.
“Dengan menjuarai Terbuka Korea, saya kembali mendapat rentak selepas mengalami kecederaan kaki di Siri Super Final di Shenzhen, China bulan lalu,” kata Chong Wei.
“Waktu itu saya betul-betul penat, sibuk mengatur majlis perkahwinan, berkahwin dan mengalami kecederaan.
“Beraksi di Terbuka Malaysia sebenarnya lebih tinggi tekanannya kerana saya perlu melakukan yang terbaik di depan penyokong sendiri. Tapi saya harap dapat mempamerkan aksi lebih baik berbanding di Korea.” Dalam memburu gelaran kesembilan, Chong Wei turut mengharapkan agar pemain lain seperti Liew Daren, Chong Wei Feng dan Mohd Arif Latif menunjukkan persembahan terbaik dengan sekurang-kurangnya mara ke suku akhir.
“Ketiadaan pemain terbaik China seharusnya membuka peluang buat Daren, Wei Feng dan Arif untuk menyerlah.” Hari ini, pemain terbaik negara itu akan berdepan Viktor Axelsen dari Denmark dan dia dijangka tiada masalah mara ke pusingan kedua.
Tahun lalu, Chong Wei muncul juara dengan menewaskan Kenichi Tago dari Jepun 21-6, 21-13.
Metro
No comments:
Post a Comment