Friday, December 31, 2010

Happy New Year 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011, moga kelab kita bertambah suksess...
Teruskan usaha dan tahniah di atas pencapaian yang telah dicapai...

Wednesday, December 1, 2010

Teknik Memegang Raket Badminton

Oleh : Datuk Misbun Sidek

MEMEGANG raket mengikut cara yang betul akan membolehkan anda membuat pukulan dengan mudah dan berkesan. Jika tidak, setiap pukulan yang dilakukan anda akan tersasar dari sasaran atau mungkin tidak mengenai bulu tangkis.

Cara memegang raket juga menentukan anda bermain mengikut corak bertahan atau menyerang. Apa yang lebih penting, apabila memegang raket anda harus merasai keberatan dan tahap ringannya. Jika terlalu ringan, anda akan dapat menghayun dengan daya yang sedikit manakala jika berat, anda mungkin terpaksa mengerah tenaga.

Cara memegang raket terbahagi kepada dua kaedah iaitu cengkaman biasa dan cengkaman kilas.

Cengkaman biasa
Cara ini agak mudah. Ibaratkan anda hendak bersalaman dengan seseorang. Ibu jari anda harus menekan pemegang raket dan jari-jari anda mencengkam pemegang raket.

Cengkaman kilas
Tidak mempunyai banyak perbezaan seperti cengkaman biasa. Pada cengkaman ini, lazimnya kedudukan ibu jari anda harus diluruskan untuk memberi tekanan kepada raket ketika anda hendak membuat pukulan.

Terdapat beberapa perkara penting harus diberi perhatian oleh anda ketika mempelajari kaedah betul memegang raket:-
i)membalut pemegang raket dengan pembalut yang bersesuaian dengan citarasa anda bagi mengelakkan kesukaran untuk mencengkam atau membuat pukulan.
ii)bentuk cengkaman amat penting, sama ada kuat ataupun longgar bergantung kepada tahap pukulan anda. Jika tidak berhati-hati, adakalanya raket boleh terlucut dari cengkaman jari anda.
iii)cara memegang raket dengan menggunakan keseluruhan pemegang raket dari pangkal hingga hujung pemegang juga penting untuk menentukan bentuk pukulan yang hendak dibuat.
iv)keberatan raket yang sesuai membolehkan anda menggunakan pergelangan tangan anda untuk mempelbagaikan jenis pukulan. Ia dapat dilakukan jika anda menggerakkan cengkaman anda keseluruhan pemegang raket dengan mudah.


Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

PNBC mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua ahli, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan di atas semangat mencintai Islam dalam apa jua yang kita usahakan.
Jangan lupa games hari Jumaat (19 Nov) akan diadakan seperti biasa (kepada yang tidak pulang ke kampung halaman) dan kepada yang pulang ke kampung masing-masing, didoakan semoga selamat dalam perjalanan.

Wednesday, November 10, 2010

Koleberasi bersama KRT Desa Anggerik

Kelab Badminton Putra Nilai (PNBC) menerima pelawaan KRT Desa Anggerik untuk turut bekerjasama menjayakan satu Kejohanan Badminton KRTDA 2010 yang dianjurkan untuk kali ke-2.

PNBC akan bertindak selaku penasihat teknikal kepada kejohanan dan sebahagian besar dari urusetia yang telah dipilih terdiri daripada ahli PNBC sendiri. Kejohanan yang dijangka diadakan pada 19 Disember 2010 itu nanti, merupakan pertandingna secara bergu yang membabitkan 32 peserta lelaki dan 16 peserta wanita. Ini merupakan penghormatan kepada PNBC yang baru menjangkau usia setahun penubuhannya. Syabas dan Tahniah!!!


Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali



Kelab Badminton Putra Nilai mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu... Yang lainnya, games pada setiap Jumaat malam Sabtu tetap diadakan seperti biasa....

Saturday, October 23, 2010

Aksi Bulan Oktober


Perlawanan di antara Shahrul-Cikgu Alwi menentang Helmi-Iskandar...dan geng-geng lain yang dok tunggu turn...

Tuesday, October 19, 2010

New Experiment of Shuttle Cock

Setelah sekian lama menggunakan shuttle jenis RSL, pihak kelab mencuba penggunaan shuttle jenama RCL di atas rekomendasi kedai yang membekalkan shuttle, harga sama tetapi ketahanan dikatakan berbeza. Jadi pengunna pada sessi games yang lepas diakui oleh kebanyakan ahli....so, marilah bertukar jenama.

Saturday, October 9, 2010

Aksi Terbaru Selepas Hari Raya 2010





Games bermula pada 1/10 selepas raya...semua pancit..Foto & rakaman video di atas (kecuali yang foto akhir) di rakam pada 8 oktober... masing2 mula menunjukkan peningkatan. kemasukan ahli baru dari Desa Kasia Cik Li turut merancakkan saingan... tahniah semua!!!

Thursday, September 23, 2010

Games Bulan Oktober

Perhatian!!!!
Kepada semua ahli kelab...bermula bulan Oktober, jadual bagi games badminton akan diadakan pada hari Jumaat sahaja, jam 9.00 malam hingga 12.00 tengahmalam... Games pada hari isnin, buat masa ini tidakakan diadakan berikuta beberapa masalah teknikal...
Berikuta adalah tarikh yang telah ditetapkan
1hb, 8hb, 15hb, 22hb, 29 hb. Yuran bulanan sebanyak RM40.00 kekal... Jumpa di sana!!!

Wednesday, August 4, 2010

Pengumuman Bulan Ogos

Tiada games bakal dilangsungkan pada bulan ini, menjelang Ramadhan marilah kita perbanyakkan amalan..
PNBC mengucapkan selamat menjalani ibadat Ramadhan...

Saturday, July 24, 2010

Pengguhan aksi persahabatan dengan Unit Keselamatan USIM

Perlawanan persahabatan dengan Kakitangan Keselamatan Usim yang dijadualkan pada 17 Julai lalu telah ditangguhkan di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan....

Pihah kelab akan memaklumkan kepada semua ahli perkembangan seterusnya.... 

Pasangan bergu adalah kekal seperti yang ditetapkan, sila teruskan latihan bersama untuk meningkatkan persefahaman....
A. Helmie & Shahrul
B. Iskandar & Hisyam
C. Cikgu Alwi & Fitri
D. Nazir & Along
E. Azman & Wak Muhlis
F. Zaki & Pak Ya
G. Fera & Saiful
H. Faiz & Mior

Aksi-aksi 'pro'..???


Antara aksi-aksi yang telah dirakam.....





Anak-anak tidak ketinggalan....



Hikmat 'gerakan dalam kekaburan'

Friday, July 23, 2010

Jadual Kelab bagi Julai 2010

JADUAL GAMES UNTUK JULAI 2010


TARIKH       HARI       COURT             MASA              
    2            JUMAAT    MELATI       9.00-12.00 PM     
    5             ISNIN       CEMPAKA   9.00-11.00 PM

    9           JUMAAT    MELATI        9.00-12.00 PM     
  12            ISNIN       CEMPAKA    9.00-11.00 PM
  16           JUMAAT     MELATI        9.00-12.00 PM  
  19           ISNIN       CEMPAKA     9.00-11.00 PM

  23           JUMAAT     MELATI        9.00-12.00 PM    
  26           ISNIN        CEMPAKA     9.00-11.00 PM

  30          JUMAAT      MELATI        9.00-12.00 PM

Yuranan Bulanan sebanyak RM40, sila berurusan dengan Bendahari kelab En. Wak Muhlis