Thursday, May 3, 2012

Beregu negara akui kelemahan



 
KIEN KEAT-BOON HEONG akan bertemu Terry Yeo Zhao Jiang-Yi Liu dari Singapura pada pusingan kedua Terbuka Malaysia GP Emas di Johor Bahru hari ini.



BEREGUutama lelaki negara, Koo Kien Keat-Tan Boon He- ong perlu bekerjasama bagi mengatasi perasaan rendah diri selepas tewas dua kali berturut-turut kepada pasangan tidak ternama Indonesia, Angga Prata-Ryan Agung Saputra dalam tempoh kurang sebulan.
Menurut Kien Keat, tahap keyakinan mereka mula menurun selepas tewas kepada Angga-Ryan dalam pertemuan pertama pada Kejohanan Piala Axiata di Kuala Lumpur, Mac lalu.
Bekas juara Seluruh England 2007 itu sekali lagi tewas kepada pasangan yang sama pada pusingan suku akhir Terbuka India minggu lepas.
“Pada pertemuan pertama, kami mungkin terlalu memandang rendah terhadap pihak lawan dan selepas tewas, tahap keyakinan kami mula menurun. Kami asyik terfikir mengapa mereka bermain terlalu bagus.
“Pada pertemuan di India pula, kami sudah hilang keya- kinan selepas mereka berjaya mengheret permainan sehingga ke set penentuan,” kata Kien Keat ketika ditemui selepas menang pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Grand Prix (GP) Emas di Johor Bahru semalam.
Pada perlawanan tersebut, beregu ini menang mudah ke atas pasangan India, S. Sanjeeth-Jagadish Yadav 21-7, 21-5.
Jelas Kien Keat, bagi meng- atasi masalah keyakinan diri yang rendah, dia dan Boon Heong harus bekerjasama dan membantu antara satu sama lain.
Katanya, mereka terlebih dahulu harus sama-sama belajar mengakui dan menerima kesilapan diri.
“Jika kami tidak bekerjasama dan membantu antara satu sama lain, tiada gunanya kami meminta bantuan pakar psikologi.
“Perkara ini harus diatasi bersama. Kami perlu cari jalan untuk mengembalikan tahap keyakinan diri. Selain itu, kemenangan di sini juga sedi- kit sebanyak dapat mengembalikan semula keyakinan kami,” katanya.
Pada pusingan kedua hari ini, Kien Keat-Boon Heong yang diletakkan sebagai pili- han pertama akan bertemu Terry Yeo Zhao Jiang-Yi Liu selepas pasangan dari Singapura itu menewaskan gandingan Nelson Oon dari Australia dan Zairul Hafiz Zainudin dari Malaysia 21-18, 21-12

Kosmo!

No comments:

Post a Comment