Putra Nilai Badminton Club is an active private club located in Putra Nilai, Negeri Sembilan Malaysia
Saturday, May 26, 2012
Chong Wei tak patah semangat
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kekal positif menge- nai peluang untuk meraih pingat emas pada temasya Sukan Olimpik 2012 biarpun dihantui dengan masa- lah kecederaan serius di bahagian buku lali kanannya.
Pemain No. 1 dunia itu berkata, ke- cederaan tersebut secara tidak langsung telah memberikan kekuatan kepadanya untuk lebih bersedia bagi menghadapi temasya sukan terbesar dunia di bumi London nanti.
"Apa juga situasi sekalipun, saya perlu kuatkan diri saya, baik dari as- pek mental mahupun fizikal untuk menghadapi segala cabaran, apatah lagi Sukan Olimpik 2012 hanya tinggal kurang tiga bulan lagi untuk bermula.
"Memang buat masa ini kaki saya tidak boleh melakukan pergerakan, namun itu tidak bermakna saya tidak boleh menjalani latihan.
"Saya akan cuba mendapatkan kaedah terbaik untuk terus menjalani latihan dengan menggunakan tubuh badan saya.
"Saya akan mendapatkan rawatan lanjut di ISN (Institut Sukan Negara) untuk memulihkan kecederaan ini.
"Apa yang boleh saya katakan ialah saya akan tetap berjuang demi negara," kata Chong Wei ketika ditemui pemberita pada sidang akhbar sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Wuhan, China semalam.
Turut hadir menyambut ketibaan Chong Wei semalam ialah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz.
Terdahulu, Malaysia menerima tamparan hebat dalam misi mengutip pingat emas sulung Sukan Olimpik 2012 menerusi Chong Wei.
Ia ekoran kecederaan di bahagian buku lali kanan yang dialami jaguh negara itu ketika menentang Peter Hoeg Gade dari Denmark pada aksi terakhir Kumpulan C kempen Piala Thomas 2012 di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, China kelmarin.
Hasil ujian Magnetic Resonance Imaging (MRI) yang dijalankan di salah sebuah hospital tempatan di Wuhan kelmarin mendapati otot di bahagian buku lali kanan Chong Wei koyak.
Pada Mac lalu, pemain No. 1 dunia itu mengalami kecederaan di bahagian bahu kanan ketika menentang seteru utamanya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Seluruh England di Birmingham.
Dalam pada itu, Chong Wei turut menyuarakan kekecewaannya kerana tidak dapat membantu skuad negara bagi menghadapi China pada aksi suku akhir Piala Thomas semalam.
Dia terpaksa pulang lebih awal bagi menjalani rawatan lanjut di ISN.
Sementara itu, Dr. Ramlan berkata, langkah pertama yang akan dilakukan ISN adalah mengenal pasti kece- deraan yang dialami Chong Wei, termasuk menjalankan ujian MRI dengan lebih lanjut.
"Pada masa yang sama juga ISN akan bekerjasama dengan pakar-pakar perubatan sukan yang terbaik di negara ini, termasuk pakar radiologi dan ortopedik.
"Kami akan berbincang untuk mencari jalan terbaik bagi mengembali- kan kecergasan Chong Wei.
"Objektif utama sekarang adalah untuk membolehkan pemain itu kembali menjalani latihan secepat mungkin.
"Ini merupakan cabaran besar buat kami bagi memulihkan kecederaannya dan mencapai tahap kecergasan terbaik.
"Dengan berbaki 64 hari lagi sebe- lum Sukan Olimpik bermula, bukan sahaja dari aspek fizikal, malah semua aspek perlu dititikberatkan termasuk kecergasan dan pemakanan. Psikologi juga perlu diambil kira, inilah yang dikatakan perubatan dalam sukan," kata Ramlan.
Sukan Olimpik 2012 di London akan membuka tirainya pada 27 Julai depan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment