Thursday, May 26, 2011

Malaysia naib juara Kumpulan B

IMPIAN Malaysia untuk menjadi juara Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Piala Sudirman 2011 tidak kesampaian selepas tewas 2-3 kepada Indonesia semalam.
Ekoran daripada kekalahan aksi terakhir peringkat kumpulan itu, skuad negara sekadar menamatkan saingan di tempat kedua pada kejohanan yang berlangsung di Qingdau, China.
Segala-galanya tampak positif buat Malaysia apabila beregu lelaki utama negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong menghadiahkan mata pertama hasil kemenangan ke atas Alvent Yulianto Chandra/Mohammad Ahsan 21-15, 21-17.
Bagaimanapun, kecemerlangan itu gagal diteruskan selepas pemain perseorangan wanita, Lydia Chea tewas kepada Adriyanti Firdasari 21-8, 21-12, sekali gus mengikat keputusan 1-1.
Jaguh perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei kembali meletakkan Malaysia di depan selepas mudah mengenepikan cabaran Dionysius Hayom Rumbaka 21-8, 21-8.
Mata kemenangan lebih awal yang diharapkan mampu disumbangkan beregu wanita negara, Wong Pei Tty/Chin Eei Hui juga gagal diterjemahkan apabila pasangan tersebut tewas kepada Greysia Polii/Meiliana Jauhari 21-21, 14, 21.
Perjuangan skuad negara berakhir selepas beregu campuran, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying turut kecundang ditangan Fran Kurniawan Teng/Pia Zebadiah Bernadet 18-21, 15-21.
Begitupun, selaku naib juara, Malaysia layak ke peringkat suku akhir.

No comments:

Post a Comment