Wednesday, October 19, 2011

Chong Wei Belum Ada Pengganti

CHONG WEI pemain terhebat pernah dilahirkan oleh negara yang telah banyak mengecapi kejayaan pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.


TIDAK keterlaluan jika kita dikatakan bahawa Malaysia kini mempunyai satu masalah besar dalam arena sukan badminton.
Ini kerana, sehingga kini masih belum ada calon yang dilihat benar-benar berkemampuan untuk menggantikan tempat jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei.
Siapa selepas Chong Wei? Persoalan yang sering kali meniti di bibir peminat-peminat sukan badminton tanah air.
Namun, persoalan tersebut sehingga kini masih belum boleh untuk dijawab.
Malah, ketua jurulatih perseorangan negara, Rashid Sidek sendiri tidak mampu untuk memberikan jawapannya.
Rashid berkata, masih belum ada bayangan yang jelas terha- dap pengganti yang boleh mengambil alih tempat Chong Wei yang dijangka akan menggantung raketnya sebaik tamat temasya Sukan Olimpik 2012 di London.
“Kalau kita mahu mencari pengganti kepada Chong Wei sekurang-kurangnya pemain itu perlulah menjuarai sesuatu kejoha- nan terlebih dahulu.
“Cuba kamu lihat sendiri adakah pemain- pemain perseorangan yang lain selain Chong Wei bergelar juara pada mana-mana kejohanan?
“Tidak ada. Sebab itu, susah untuk kita bercakap mengenai perkara ini. Buat masa ini memang belum nampak lagi mana-mana pemain yang benar-benar boleh mengganti- kan tempat Chong Wei,” kata Rashid ketika dihubungi Kosmo! kelmarin.
Berdasarkan kenyataan Rashid itu, sedi- kit sebanyak pasti telah memberikan jawa- pan terhadap persoalan yang ditimbulkan oleh peminat-peminat sukan badminton negara.
Mahu ataupun tidak, peminat sukan badminton tempatan perlu berpijak di bumi yang nyata.
Harus bersedia untuk menerima hakikat bahawa selain Chong Wei, tidak ada mana- mana pemain perseorangan yang mencipta kejayaan di pentas antarabangsa.
Paling bagus pun sekadar mara ke pering- kat separuh akhir, itupun kejohanan bertaraf tiga bintang.
Jika diikutkan, Malaysia sebenarnya memiliki beberapa pemain berbakat yang kini sudah berada dalam skuad elit seperti Liew Darren, Mohd. Arif Abdul Latif, Chan Kwong Beng dan Chong Wei Feng.
Malah, beberapa pemain remaja seperti Misbun Ramdan Misbun, Goh Soon Huat, Iskandar Zulkarnain Zainudin, Zulfadli Zulkifli turut berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Namun entah apa silapnya, setiap kali Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menghantar mereka beraksi di pentas antarabangsa, keputusan yang dilakarkan tidak seperti diharapkan, malah lebih buruk.
Tatkala pemain-pemain seusia mereka dari negara-negara lain sudah mampu untuk bermegah dengan kejayaan yang dilakarkan, pemain negara pula masih ditakuk yang lama.
Masih dilabel sebagai jaguh kampung sahaja.
“Dahulu, mungkin pemain-pemain ini boleh cakap mereka tidak diberi banyak pendedahan tetapi kini BAM sudah menghantar mereka beraksi dalam banyak kejohanan di pentas antarabangsa, malah ada yang menyertai kejohanan Super Siri sekali.
“Namun, tetap gagal mencatatkan kepu- tusan yang baik.
“Seperti Darren, dia pernah tewaskan Si- mon Santoso (perseorangan Indonesia) tetapi selepas itu prestasinya menjadi tidak menentu. Sekejap okey, sekejap tidak okey.
“Begitu juga dengan pemain-pemain yang lain. Apa yang saya lihat, mereka ini gagal mengekalkan konsistensi mereka," jelas Ra- shid.
Tambah Rashid, dari aspek skil dan kualiti, ia tidak menjadi masalah buat pemain- pemain muda negara.
Namun, apa yang menjadi masalah adalah diri mereka sendiri.
“Saya sebagai jurulatih hanya boleh memberikan tunjuk ajar dan kata-kata semangat kepada pemain tetapi apabila berada di atas gelanggang pemain itu yang menentukan corak permainan serta hala tuju mereka.
“Pemain-pemain ini tidak memiliki kesungguhan untuk berjaya. Jika hendak menjadi seperti Chong Wei mereka perlu mele- takkan sasaran yang tinggi.
“Macam Chong Wei sasaran dia tinggi. Contohnya, dalam setahun berapa kejoha- nan yang dia mahu menang. Begitupun, ia tidak berlaku kepada pemain-pemain lain ini kerana mereka ambil sambil lewa.
“Menyertai mana-mana kejohanan sekadar bermain sahaja tanpa ada sasaran. Bagi saya, apa yang penting adalah sasaran pemain itu sendiri.
“Biarpun gagal mencapai sasaran terse- but tetapi tunjuk yang kita ada usaha untuk mendapatkannya. Kalau cakap sahaja pun tidak guna,” tambah Rashid.
Secara matematiknya, jika benar Chong Wei akan bersara sebaik Sukan Olimpik 2012 melabuhkan tirainya, maka BAM perlulah mencari formula terbaik untuk mempersiapkan pemain-pemain yang ada ketika ini untuk menggalas tugas selaku jaguh No. 1 negara.
Bak kata pepatah Melayu, ‘sediakan payung sebelum hujan’. Buatlah persiapan le- bih awal kerana ramai yang sedar bahawa badminton merupakan salah satu sukan yang sentiasa mengharumkan nama Malay- sia di pentas antarabangsa menerusi Chong Wei.

Kosmo

No comments:

Post a Comment