Tuesday, July 12, 2011

Pintu masih terbuka buat Zulfadli




ZULFADLI muncul juara Kejohanan Badminton Remaja Asia di Lucknow, India, Sabtu lalu.



PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) sentiasa membuka pintu buat pemain perseorangan remaja negara, Zulfa- dli Zulkiffli untuk menyertai program di bawah naungan badan induk tersebut.
Malah Setiausaha Kehormat BAM, Ng Chin Chai berkata, pihaknya telah bebe- rapa kali mengemukakan tawaran kepada Zulfadli sejak beberapa tahun lalu kerana menyedari dia merupakan seorang pemain yang berbakat dan mampu pergi le- bih jauh di pentas antarabangsa.
Bagaimanapun, tawaran demi tawaran yang dikemukakan BAM itu telah ditolak disebabkan bapa Zulfadli yang juga juru- latihnya, Zulkifli Sidek enggan membenar- kan pemain berbakat itu menyertai program badan induk tersebut sejak berusia 13 tahun lagi.
"Kami memang mahu membantu Zulfadli dengan menyediakan dia dengan program-program latihan sebagai persiapan sebelum menyertai mana-mana kejohanan baik dalam mahupun luar negara.
"Kami tidak mempunyai kepentingan lain selain melakukannya demi kepentingan negara.
"Namun saya sendiri tidak pasti apakah punca sehingga membuatkan dia menolak tawaran kami itu.
"Saya rasa lebih baik perkara ini ditanyakan sendiri kepada Zulfadli atau bapanya (Zulkifli) kerana mereka lebih mengetahuinya," kata Chin Chai ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Tambah beliau, BAM masih mengalu- alukan kehadiran Zulfadli sekiranya pemain yang bernaung di bawah Kuala Lumpur Racket Club (KLRC) berusia 18 tahun itu berminat menyertai program kendalian badan induk tersebut.
"Kami sentiasa menanti kedatangan Zulfadli. Pada bila-bila masa sahaja dia boleh menyertai kami," tambah Chin Chai.
Meskipun sudah beberapa kali tawaran mereka ditolak, BAM tidak pernah berputus asa apabila sekali lagi akan cuba me- mujuk Zulfadli untuk berada di bawah naungan badan induk sukan badminton tanah air itu.
Malah BAM menagih kualiti yang dimiliki Zulfadli menjelang Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Taiwan (Ogos) dan temasya Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom, September depan.
Zulfadli kini dilabel sebagai 'permata' paling berharga dalam arena sukan badminton tanah air ekoran kejayaannya muncul selaku juara Kejohanan Badminton Remaja Asia di Lucknow, India, Sabtu lalu.
Kejayaan itu sekali gus menyaksikan Zulfadli mencipta sejarahnya yang tersen- diri apabila menjadi pemain remaja pertama negara yang mengukir nama selaku juara dalam acara perseorangan lelaki selepas 15 tahun kejohanan tersebut dipertandingkan.
Hasil kejayaannya itu, Zulfadli juga disebut-sebut sebagai calon terbaik bagi menggantikan jaguh perseorangan negara yang juga pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei suatu hari nanti.

Sumber: Kosmo 12 Julai

No comments:

Post a Comment