Wednesday, May 30, 2012

‘Bila nak ubah’

SEMANGAT...Soon Kit (berdiri kanan), jurulatih dan penaja bersama pemain  terpilih menyertai program Biasiswa Badminton Remaja.
SEMANGAT...Soon Kit (berdiri kanan), jurulatih dan penaja bersama pemain terpilih menyertai program Biasiswa Badminton Remaja.

KALAU ada program, tentu ada hasilnya,” ujar Cheah Soon Kit mengenai kegagalan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membentuk pasukan mantap pada kempen Piala Thomas, di Wuhan, China minggu lalu.
Soon Kit menganggap prestasi skuad Piala Thomas negara semakin merosot dan BAM tidak boleh menafikannya dengan menganggap pencapaian itu masih setara seperti dua tahun lalu.

“Ini masalahnya apabila mereka mengulangi perkara sama. Sampai bila baru boleh berubah,” kata Soon Kit yang ditemui pada Pelancaran Program Biasiswa Badminton Remaja Senheng-Samsung, di Akademi Looi, Datuk Lee Chong Wei Sports Arena, semalam.
Bekas jurulatih kebangsaan turut berada dalam pasukan menjuarai Piala Thomas 1992 , alasan dilaungkan BAM langsung tidak berubah nada, sama seperti dua tahun lalu dan membosankan.

Beliau menyelar BAM yang dianggap gagal membentuk pasukan mantap bersaing merebut piala berprestej itu.

“Pasukan kita adalah pemain yang sama dua tahun lalu. Muka baru diserapkan juga adalah pemain yang sudah berada dalam skuad kebangsaan pada 2010.
“Waktu itu kita bermain di tempat sendiri tapi gagal, saya rasa ia disebabkan ketiadaan program dan perancangan untuk memenangi Piala Thomas sekali gus menjadikan kita bukan pesaing lagi.

“Saya tidak mahu mengkritik tapi sebagai seorang yang pernah menjadi pemain di bawah BAM dan jurulatih di sana, mereka kerap menggunakan alasan sama dengan mengatakan ada program yang baik, ada perancangan teratur tapi hasilnya kita makin merudum, kalah kepada Jepun, kemudian Denmark.” Soon Kit juga menyelar BAM yang menggunakan alasan tumpuan kepada Olimpik dengan bergantung penuh kepada Chong Wei.
“Sepatutnya ada Chong Wei, pemain kita yang lain makin baik. Malah BAM seharusnya ada dua program berasingan, Olimpik London dan juga masa depan tapi mereka hanya mahu fokus pada Olimpik saja,” kata Soon Kit
 
Sumber: Metro

No comments:

Post a Comment