Monday, October 29, 2012

Daren Gah Lakar Sejarah

Paris: Liew Daren melakar sejarah apabila julung kalinya memenangi badminton Terbuka Perancis menewaskan pemain muda Denmark, Viktor Axelsen 21-18, 21-17 dalam aksi final, malam tadi.

Dengan kemenangan itu, pemain berusia 24 tahun kini melakar nama sebagai pemain perseorangan lelaki Malaysia yang pernah menjuarai Terbuka Perancis sebaris dengan Chong Wei (2011, 2007), Foo Kok Keong (1990) dan Oon Chong Jin pada 1964.
Secara keseluruhan ia juga menambah rekod kemenangan pemain itu kepada 22 kemenangan daripada 38 perlawanan yang disertainya tahun ini seterusnya memadam rekod suram dalam tiga kejohanan disertai sebelum ini iaitu Terbuka Denmark, Terbuka Taiwan dan Terbuka Jepun.


Pada set pertama, Daren hanya perlu mengambil masa 20 minit untuk menjinakkan pemain berusia 18 tahun itu dan terus melebarkan sayap kejayaan di set kedua untuk menamatkan saingan dalam tempoh singkat 41 minit.

Daren melangkah ke final selepas menewaskan rakan senegara Axelsen yang juga pilihan keenam kejohanan, Jan O Jorgensen 18-21, 21-17, 21-10 kelmarin tatkala lawannya di final itu menumpaskan bintang Jepun, Kenichi Tago 21-8, 21-17.

Terdahulu, beregu China Jin Ma-Jinhua Tang menjuarai kategori beregu wanita menumpaskan Christinna Pedersen-Kamilla Rytter Juhl dari Denmark, mengharungi dua set mudah 21-12, 23-21.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment