Saturday, November 10, 2012

Joo Bong jual mahal

HASRAT mendapatkan ketua jurulatih Jepun yang juga pakar beregu dari Korea Selatan, Park Joo Bong dikatakan hampir gagal dan perkara itu menjadi antara topik perbincangan dalam mesyuarat Ahli Majlis Persatuan Badminton Malaysia (BAM) di Hotel Novotel, Kuala Lumpur, hari ini.
Pengurus Besar BAM, Kenny Goh ketika dihubungi mengaku badan induk badminton negara itu amat memerlukan khidmat Joo Bong untuk menjawat jawatan Pengarah Kejurulatihan namun semuanya bergantung kepada jurulatih itu sendiri.

“Kami memang mahukan khidmatnya dan beliau menyatakan minat untuk membantu Malaysia tapi nadanya kini seperti sebaliknya,” kata Kenny sambil berkata Joo Bong menyatakan Persatuan Badminton Jepun masih mahukan khidmatnya.
“Bagi saya semuanya bergantung kepada Joo Bong kerana kontraknya tamat Mac ini.

“Beliau kata mahu berjumpa saya, mahu berbincang lanjut tapi saya tidak boleh bertindak sendirian dan perlu meminta pandangan Ahli Majlis untuk mengetahui apakah batasan rundingan yang boleh kita teruskan.

“Saya juga mahu tahu apakah masalah sebenar dihadapi Joo Bong dan apakah permintaan yang mungkin boleh dipertimbangkan untuk memastikan beliau bersama kita.” Apa yang terjadi ketika ini, membayangkan Joo Bong mungkin hanya menguji pasaran, cuba membuktikan dirinya sedia dipancing negara lain ketika Jepun belum membuat tawaran kontrak baru.
Selain itu, mesyuarat Ahli Majlis hari ini juga bakal membincangkan mengenai jumlah peruntukan kepada setiap persatuan negeri untuk 2013, selain menyusun program sepanjang tahun depan.

Sumber: myMetro

No comments:

Post a Comment