Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha

PNBC mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua ahli, semoga ukhwah yang terbina akan berkekalan di atas semangat mencintai Islam dalam apa jua yang kita usahakan.
Jangan lupa games hari Jumaat (19 Nov) akan diadakan seperti biasa (kepada yang tidak pulang ke kampung halaman) dan kepada yang pulang ke kampung masing-masing, didoakan semoga selamat dalam perjalanan.

Wednesday, November 10, 2010

Koleberasi bersama KRT Desa Anggerik

Kelab Badminton Putra Nilai (PNBC) menerima pelawaan KRT Desa Anggerik untuk turut bekerjasama menjayakan satu Kejohanan Badminton KRTDA 2010 yang dianjurkan untuk kali ke-2.

PNBC akan bertindak selaku penasihat teknikal kepada kejohanan dan sebahagian besar dari urusetia yang telah dipilih terdiri daripada ahli PNBC sendiri. Kejohanan yang dijangka diadakan pada 19 Disember 2010 itu nanti, merupakan pertandingna secara bergu yang membabitkan 32 peserta lelaki dan 16 peserta wanita. Ini merupakan penghormatan kepada PNBC yang baru menjangkau usia setahun penubuhannya. Syabas dan Tahniah!!!


Thursday, November 4, 2010

Happy Deepavali



Kelab Badminton Putra Nilai mengucapkan Selamat Menyambut Deepavali kepada yang beragama Hindu... Yang lainnya, games pada setiap Jumaat malam Sabtu tetap diadakan seperti biasa....

Saturday, October 23, 2010

Aksi Bulan Oktober


Perlawanan di antara Shahrul-Cikgu Alwi menentang Helmi-Iskandar...dan geng-geng lain yang dok tunggu turn...

Tuesday, October 19, 2010

New Experiment of Shuttle Cock

Setelah sekian lama menggunakan shuttle jenis RSL, pihak kelab mencuba penggunaan shuttle jenama RCL di atas rekomendasi kedai yang membekalkan shuttle, harga sama tetapi ketahanan dikatakan berbeza. Jadi pengunna pada sessi games yang lepas diakui oleh kebanyakan ahli....so, marilah bertukar jenama.

Saturday, October 9, 2010

Aksi Terbaru Selepas Hari Raya 2010





Games bermula pada 1/10 selepas raya...semua pancit..Foto & rakaman video di atas (kecuali yang foto akhir) di rakam pada 8 oktober... masing2 mula menunjukkan peningkatan. kemasukan ahli baru dari Desa Kasia Cik Li turut merancakkan saingan... tahniah semua!!!

Thursday, September 23, 2010

Games Bulan Oktober

Perhatian!!!!
Kepada semua ahli kelab...bermula bulan Oktober, jadual bagi games badminton akan diadakan pada hari Jumaat sahaja, jam 9.00 malam hingga 12.00 tengahmalam... Games pada hari isnin, buat masa ini tidakakan diadakan berikuta beberapa masalah teknikal...
Berikuta adalah tarikh yang telah ditetapkan
1hb, 8hb, 15hb, 22hb, 29 hb. Yuran bulanan sebanyak RM40.00 kekal... Jumpa di sana!!!